Man Utd Vs Liverpool
Melihatkan jadual pertembungan 2 kelab yang penuh sejarah ini pun dah saspens. 12 September ini sekali lagi 2 kelab gergasi ini akan bertemu sesama sendiri. Pertemuan pertama kedua pasukan. Yang menang pasti akan tersuntik semangat untuk terus kekal menang selepas itu.
Perlawanan yang dijangka sengit dan tegang sepertimana pertemuan-pertemuan sebelum ini yang tidak sepi daripada tentangan sengit kedua pasukan. Dari segi kekuatan jika melihat daripada prestasi keduanya tampak seimbang setakat ini. Keduanya pernah tewas sekali semenjak liga 2015/16 bermula.
Jika Liverpool agak terumbang ambing dek kerana sentuhan Brendan Rodgers yang masih tidak menjadi, Man Utd juga agak goyang. Percaturan Luis Van Gaal menjadi kritikan beberapa pihak kerana tidak membuahkan hasil.
Dari segi kemantapan pemain di setiap posisi juga keduanya agak seimbang. Walaupun sebenarnya Man Utd mempunyai lebih sedikit kelebihan dari segi pemain pada perkiraan aku. Namun ianya tidak berapa ketara.
Dari sedi penyokongnya pula, kalau di Malaysia, aku melihat penyokong Man Utd lebih supportif dan aggresif. Penyokong Liverpool agak tenggelam dewasa ini walaupun di England sana penyokong Liverpool adalah antara yang paling digeruni dengan slogan YNWA nya. Mungkin kerana prestasi Liverpool beberapa tahun kebelakangan ini agak teruk.
Sedikit masa lagi mungkin aku akan melihat dengan lebih terperinci terutama dari segi pemain antara kedua-dua pasukan. Jadi kita jumpa di entri akan datang untuk ini.


0 comments:
Post a Comment