Melawan Swansea bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Liverpool pernah dikalahkan oleh Swansea sebelum ini. Permainan sekata di setiap sudut serta pertahanan yang agak bagus menyebabkan Liverpool tunduk kepada pasukan ini sebelum ini.
Musim ini kedua-dua pasukan bertemu lagi. Kali ini Liverpool tampil dengan gaya permainan baru hasil garapan pengurus baru mereka iaitu Jurgen Klopp.
Permainan jika dikira secara keseluruhan banyak dikuasai oleh Liverpool. Namun penyerang The Kops gagal menembusi pertahanan terakhir Swansea sehinggalah ke separuh masa kedua di mana Liverpool dianugerahkan sepakan penalti akibat daripada bola yang terkena tangan salah seorang pertahanan Swansea.
James Milner tampil dengan tenang memanfaatkan peluang menghasilkan gol di saat pasukan amat terdesak inginkan gol demi memastikan kemenangan di tempat sendiri. Keputusan berakhir dengan Liverpool mendahului Swansea dengan 1 gol tanpa balas.
![]() |
| James Milner |
Jentera tengah tampak sedikit kurang berkesan dek kerana ketiadaan Philippe Cautinho yang mengalami kecederaan sewaktu melawan Manchester City pada perlawanan yang kepas.
Ramai yang komen kemenangan Liverpool ini sebagai "Ugly Win". Pada aku selaku penyokong tegar The Reds, tak kiralah buruk ke cantik ke kemenangan tersebut, janji 3 mata di dalam genggaman. Ini amat penting untuk mengembalikan mentaliti kemenangan (winning mentaliti) dan menaikkan keyakinan pemain serta penyokong.
Kedudukan Jurgern Klopp juga bertambah kukuh sebagai pengurus baru dan beliau pasti lebih yakin untuk menerapkan startegy terbaru untuk mengatasi pihak lawan di perlawanan selepas ini.
Dengan kemenangan tersebut Liverpool hanya beberapa mata sahaja untuk menempatkan diri di kalangan 4 pasukan terbaik di Liga Inggeris.
Video sorotan perlawanan:

0 comments:
Post a Comment