Akhirnya... Ultras Malaya mengamuk!!!
Semalam telah berlangsung perlawanan timbal balik kelayakan Piala Dunia untuk Zon Asia. Perlawanan antara Malaysia melawan Arab Saudi (UAE). Sepertimana yang kita ketahui di perlawanan pertama baru-baru ini, pasukan tercinta kita dibelasah 10-0 di tempat lawan.
Kali ini kedua-dua pasukan turun lagi untuk perlawanan timbal balik di Stadium Shah Alam Selangor.
Memang kecoh perlawanan ini. Peminat ramai yang tidak puas hati. Banyak sentimen yang bermain di kepala peminat sebenarnya. Peminat yang inginkan perubahan segera di dalam sukan bolasepak tanahair inginkan perubahan sebenar dari akar umbi.
FAM harus dirombak. Itu yang rata-rata peminat mahukan. Biarlah muka baru yang meneraju badan bolasepak Malaysia ini. Perubahan perlu dibuat segera bukan dilengahkan. Bolasepak negara semakin tercorot dan terpencil.
Masalahnya ada pihak yang tidak mahu mengalah. Tidak mahu berundur demi kemajuan bolasepak. Itu yang buatkan bukan sahaja Ultras Malaya bahkan seluruh peminat juga mahu mengamuk.
Peristiwa peminat fanatik yang mengamuk malam tadi adalah salah satu cara protes yang mereka buat untuk menunjukkan rasa tidak puashati mereka kepada kedegilan pihak FAM melakukan sesuatu.
Memang memalukan! Tetapi apa yang peminat fanatik pasukan boleh buat lagi untuk melihat perkembangan positif bolasepak Malaysia?
Moga insiden Ultras Malaya mengamuk semalam dapat membuka mata banyak pihak. Jangan hanya pandai menyalahkan peminat fanatik ini sahaja. Pihak berwajib perlulah juga cermin diri sendiri.
Moga gaji yang diterima dan tanggungjawab yang dipikul dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Majulah bolasepak Malaysia. Bangkitlah Harimau Malaya!

0 comments:
Post a Comment